Saturday

Politik Kampus

Pilihan raya kampus untuk sidang 08/09 kini makin terasa bahangnya, walaupun cuma beberapa universiti yang mana MPPnya telah dibubarkan dan telah menyatakan tarikh pembuangan undi. Bagi pilihan raya kampus untuk sidang nie, gua rasa mungkin akan kene tempias PRU 12, tp kebenaranya tak muncul lagi..

Belum lagi MPP dibubarkan, macam2 isu yang mula ditimbul dalam kalangan pelajar, gua nak cakap nie atas dasar gua nie pelajar dan bukan sokong mana2 pihak. Isu pembahagian kerusi MPP di USM, kenapa isu ini boleh timbul? Gua pun hairan, kenapa nak bahagi2 kerusi, igt tue kerusi untuk duduk ke!!!! Kalu nak bahagi2 kerusi MPP baik tak payah buat pilihan raya kampus. Alasan yang diberikan oleh Bos MPP, Che Mat, untuk mengelakkan perpecahan antara pelajar. Bagi gua, kerusi MPP nie sebagai medium untuk pelajar menyuarakan pandangan mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi, so student yang betul2 ada potensi, gaya kepimpinan dan yang sama waktu dengannya sahaja layak untuk duduk di kerusi MPP. Tp jika nak main bahagi2 kerusi, yang takde ketokohan pun boleh jadi MPP sebab yang dipilih tentulah kroni2 mereka sahaja. Student yang ada hak untuk pilih sape yang layak sebab ada jugak yang tak layak tapi nak bertanding atas tiket mereka popular.

vs

Memang gua tengok wujud perpecahan pelajar contohnya antara ProAspirasi dengan ProMahasiswa nie. Kenapa perlu wujud masyarakat berpuak2 dalam universiti. Tapi kalu puak2 kenegerian memang tak boleh nak ubah dah. Memang gua tak nafikan antara dua pihak nie nak jadi hero kepada student, tapi asyik nak salahkan antara satu sama lain. ProM kata ProAspirasi proksi kerajaan(BN) dan BHEPP, ProAspirasi kata ProM proksi Pakatan Rakyat. Sampaikan sudah masuk politik luar. Sepatutnya ProAspirasi dan ProM bekerjasama untuk bela nasib student. Paling baik gua rasa bubarkan ProAspirasi dan ProM, sape yang rasa dirinya layak untuk jadi pemimpin pelajar, rasa nak bela nasib pelajar, boleh jadi calon untuk rebut kerusi MPP. Yang selebihnya serah kepada pelajar2 untuk tentukan siapa yang layak untuk duduk kerusi MPP.
nota d kaki: Diri sendiri pun kurang terpimpim.

No comments: