Friday

Kek Birthday

Entri ini kalau dikira memang dah terlambat skit, sebab birthday aku pun dah lepas 4 hari. Tapi rasa nak kongsi gak ngan semua blogger.

Aku mulanya memang tak sangka ada kawan2 yang sanggup beli kek birthday untuk aku. Lagipun birthday aku ngan birthday kawan aku selang sehari jer, 25 Feb. So sambutan untuk birthday kitaorang buat pada 25 Feb malam.
Malam tue aku sangat bizi sebeb nak kene hantar assignment keesokkan harinya, so aku memang tak ambik kisah sangat apa yang kawan2 aku duk buat, pergi mana. Apa yang aku tau assignment aku mesti disiapkan jugak malam tue. Tak kisah la tak tidur pun. Dalam kul 11, kawan aku mesej ajak aku pergi Padang Palapes. Aku buat tak tau jer, mungkin juz nak borak2 jer. Mesej dia pun aku tak balas sebab masa aku memang untuk assignment jer.
Dalam kul 11.30 mlm, dia call plak, mungkin tak puas hari kot. Sebab tak nak hampakan kawan, so aku pun pergi la gak. Sampai jer kat sana, aku dilemparkan dengan gamdun. Teringat plak zaman2 sekolah masa jamuan akhir tahun. So, malam tue kira aku mandi gandum la. Dan lepas tue, nyanyi plak lagu selamat hari jadi. Apa yang dapat aku rasa, semua masing2 memang sumbang. Ikhlas aku katakan.
Dah beres smua, siap2 potong kek, nak bagi kek kat masing2 yang ada, kawan aku sorang terbody contact ngan pembawa kek. Kek tue jatuh atas tar jalan. Tapi pape hal pun dapat gak la rasa kek tue skit sorang, ambik bahagian atas jer.
Nota d kaki: Adakah salah aku sebab datang lambat.

Gaya Pemanduan

Sejak aku bawak motor kat Penang nie lebih kurang 2 bulan, macam peel aku lihat gaya pemanduan penduduk Penang. Bukan nak kutuk orang penang, tapi nie la kenyataan.
Paling aku tak suka, belum lagi lampu isyarat tukar warna hijau, ramai yang dah pecut. Terutama sekali motor la. Aku pun tak tau apa yang mereka nak kejar sebenarnya. Nak kejar masa atau nak kejar awek kat depan??? Masa aku duk KL, Ipoh dulu xde pun yang perangai cam tue. Semuanya ikut undang jalan raya. Bukan nak kata skema, tapi berhati2 la di jalan raya.
Minggu lepas, depan mata aku sendiri, disebabkan nak cepat, lampu isyarat masih merah, turn untuk lampu hijau pun lambat lagi, seorang mamat tue dengan eksennya pecut motor cabuk dia, dan tak pasal2 kene langgar ngan kete, mujur kene langgar sipi jer. Tapi jatuh n terpelanting gak la. Dan aku rasa mamat tue pun tak mati. Aku pun bukannya sempat tengok pun, sebab aku ada hal yang lebih penting nak buat daripada tengok mamat yang terlebih eksen tue. Bagi aku la, sapa suruh cari penyakit. Dan penunggang jenis nie ramai yg india.
Satu lagi, yang slalu gua sebagai pemandu dan penunggang berhemah ialah, lampu isyarat baru jer hijau, kete yang duk depan skali tentu la nak nak tekan clash dan masuk gear, tapi yang duk belakang belakang dan belakang, dah bunyikan hon. Memang takde sifat sabar langsung. Macam la dia tue cekap sangat. Dan yang slalu duk perhati, pemandu yang selalu tak sabar nie, orang cina. Mungkin duit berjuta juta juta duk tunggu kot, almaklum la, mungkin bisnesman.
Aku bukan nak diskriminasi kaum, tapi ini adalah kenyataan. Yang melayu pun ada gak perangai camtu, tapi tak ramai sangat.
Nota d kaki: Berhati-hatilah dijalan raya, ingatlah orang tersayang

Tuesday

Happy Birthday...

Happy Birthday Aizat, nampaknya umur ko dah semakin bertambah. Aku harap ko lebih matang seiring dengan umur ko yang dah 22 tahun sekarang.
Aku harap masalah yang ko alami sekarang dapat diselesaikan secepat mungkin. Aku tahu ko memang dapat selesaikan masalah itu sendiri, tetapi dengan keadaan ko yang agak kusut tue ko tak mampu selesaikannya.
Aku rasa apa yang family ko cakap tue ada benarnya, mereka sebenanya tak mahu ko campur adukkan antara belajar dengan hal-hal lain. Walaupun sekarang ko jatuh dengan teruk disebabkan masalah itu, namun aku tahu ko sebenarnya tak sendirian. Family ko selalu support ko dari belakang.
Janganlah ko terlalu risau dengan orang2 itu, suatu hari nanti mereka akan tetap lupakan ko, yang penting sekarang ko mulakan hidup ko yang baru. Hiduplah dengan tenang dan aman dengan rakan2 yang faham dengan dan dapat menerima ko dengan seadanya.
Yang penting ko yakin dengan diri ko, suatu hari nanti ko dapat buktikan bahawa ko akan berjaya dengan kehidupan yang ko impikan. Ko kene ingat, Allah telah menentukan razeki setiap umatnya, yang penting ko jangan putus asa dan untuk sekarang aku rasa ko belajarlah bersungguh dan jangan hampakan harapan keluarga.
Walaupun ko telah hadapi masalah dan dugaan ini, yakinlah bahawa masalah dan dugaan yang ko hadapi sekarang hanyalah kecil sahaja berbanding orang lain. Kalau ko dapat hadapi dan mengatasi masalah ini, bermakna ko telah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
Nota d kaki: Jangan mengalah dan teruslah berjuang hingga berjaya.

Thursday

Akhirnya...

Akhirnya tamat jugak riwayat assignment aku untuk disiapkan. Aku rasa inilah kali pertama aku buat assignment dengan bahan-bahan rujukan yang tak cukup. Aku cuma sempat pinjam dua buah buku sahaja. Aku nak pinjam banyak2 kot tak larat plak nak baca. Almaklum la, aku nie bukannya ulat buku.
Disebabkan tak cukup bahan rujukan, terpaksalah aku guna segala ilmu2 hitam yang tersirat untuk menyiapkan assignment nie. Aku telah minta assignment yang kawan aku punya, pas2 aku cedok skit isi2 yang kene ngan tajuk yang aku buat. Dan aku mintak sangat2 lecture tak perasan yang isi yang aku buat ada persamaan dengan kawan aku punya.
Lupa plak aku nak bagitau, nie merupakan assignment untuk kertas pengajian islam aku. Kiranya kene banyak guna ayat2 al-Quran dan hadis serta kata2 daripada pemikir islam untuk menguatkan fakta dan isi. Tapi aku rasa isi berkaitan dengan kematian tak banyak yang aku dapat melalui bahan2 rujukan yang ada. So aku guna otak aku yang kreatif dan sikit2 penipu untuk siapkan assignment nie.
Pape hal, pukul 12 sempat lagi aku merayap keluar minum ngan kawan2 kat kedai, bila nak balik ke bilik, terserempak plak ngan kawan2 aku yang balik dari main futsal, lepak plak ngan diaorang sambil2 minum air tenaga mata, air nescafe. Balik ke bilik, aku still blur nak tulis apa, sebab aku rasa segala ilmu yang ada aku dah transfer ke laptop aku. Itupun baru siap 5 pages, minimum 10 pages, maksimum 15 pages. So aku rasa cukup la aku ambik yang minimum sahaja. Akhirnya untuk 5 pages lagi, aku cedok isi dan fakta yang ada link2 skit ngan pemikiran agama dalam filem yang aku bincangkan.
Hampir2 pukul 6 pagi siaplah assignment nie dan sedia untuk di print out.
nota d kaki: Aku ambik minor pengajian islam sebab aku ingat senang nak skor masa exam, tapi selepas selesai test ngan assignment, baru aku tau yang paper nie bukan calang2 jugak.

Monday

Rencana

Nie rencana yang aku tulis sendiri n cedok skit2 dari akhbar n internet untuk assignment pertama aku dalam penulisan rencana. Kalau korang rasa excited nak pergi tempat tue, maknya rencana yang aku tulis nie memenuhi citarasa lecture.
Melarikan diri dari keadaan hiruk pikuk bandar yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas, pencemaran alam memang mendamaikan. Bagi penduduk yang tinggal dalam suasana kota kaya metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dapat mengunjungi tempat-tempat yang mendamaikan seperti pulau-pulau, tempat peranginan memang tidak dapat dilepaskan. Ketenangan daripada deruan ombak, kirauan burung dan unggas seakan menggamit dan mengalu-alukan kedatangan pelawat kesana.

Salah satu pulau yang kian popular untuk dijadikan tempat untuk bercuti ialah Pulau Jerejak di Pulau Pinang. Berkeluasan 362 hektar, dan terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar. Kawasan hutan pesisir pantai Pulau Jerejak berusia kira-kira 4000 tahun dan memiliki 210 spesis dari 72 keluarga sepsis flora dan 39 spesis fauna. Kawasan pulau juga dikelilingi oleh bukit-bukit hijau yang belum diterokai dan terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan.

Pulau Jerejak dikatakan mula ditemui oleh Kapten Francis Light pada awal tahun 1786 sebelum beliau menemui Pulau Pinang. Pulau Jerejak juga pernah dicadangkan untuk dijadikan pengkalan tentera British oleh Kolenal Arthur Wellesly of Wellington, England untuk melindungi bandar baru Jamestown (Bayan Lepas) pada tahun 1797.

Pada tahun 1910an, Pulau Jerejak juga telah dijadikan tempat kuarantin kesihatan pendatang asing oleh pihak British dan pada tahun 1930an, sebuah hospital kusta dan tibi telah dibina di timur pulau tersebut yang mampu memuatkan kira-kira 150 orang pesakit dalam satu-satu masa. Pulau ini juga pernah mendapat jolokan pulau ‘sonatorium’ selepas Perang Dunia Kedua apabila ramai mangsa perang mengidap pengakit batuk kering.

Selain itu, palau tersebut juga dijadikan Kem Tahanan Politik British atau Penjara Pulau Jerejak, sebagai pulau buangan pada tahun 1948-1949 dimana penjara tersebut pernah menempatkan pejuang-pejuang nasionalisme seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Rashid Karim dan Ibrahim Karim. Penjara Pulau Jerejak juga pernah menjadi sebuah penjara keselamtan tertinggi dengan jolokan nama ‘Alcatraz Malaysia’ yang dibuka pada 12 Jun 1969.

Penjara Pulau Jerejak telah ditutup pada tahun 1990 dan tahanan-tahanan telah dipindahkan ke penjara lain seperti Penjara Simpang Renggam dan Penjara Muar secara berperingkat-peringkat sehingga 13 Ogos 1993 sebagai langkah keselamatan akibat banyak peristiwa hitam yang berlaku seperti rusuhan dan tahanan penjara yang berjaya meloloskan dari daripada penjara.

Selepas hampir tujuh tahun menjadi pulau terpencil tanpa sebarang penghuni, pada tahun 2000, pulau tersebut telah dijadikan sebagai tempat peranginan sebagai tarikan pelancong sesuai dengan status Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan pantai di Malaysia.

Selain itu, tinggalan bangunan-bangunan lama dan penjara juga boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan untuk mengunjungi Pulau Jerejak. Namun sehingga kini, tiada sebarang langkah penambahbaikan semula dijalan keatas bangunan-bangunan tinggalan tersebut meskipun pulau tersebut semakin menggamit ramai pelancong dalam dan luar negara.

Sejarah baru Pulau Jerejak bermula dengan pembinaan sebuah pusat peranginan Pulau Jerejak Resort and Spa pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Januari 2004. Kawasan resort dan spa ini telah didirikan di kawasan hospital kusta, Terdapat bantahan dilakukan terhadap pembinaan pusat peranginan tersebut kerana ia akan memusnahkan ekosistem dan juga tinggalan sejarah di pulau tersebut, namun ia tetap diteruskan.

Bagi pengunjung dan pelancong yang ingin ke Pulau Jerejak, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan bot laju dengan tambang untuk dewasa RM 12 dan kanak-kanak RM6 untuk hari-hari biasa. Namun, untuk hari minggu, tambang yang dikenakan ialah RM30 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak termasuk pakej buffet makan tengah hari di Restoran Santapan.

Perkhidmatan bot laju bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam bagi perjalanan jeti ke resort, manakala perjalanan dari dari resort ke jeti adalah seawal jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Bagi hari minggu, perkhidmatan bot laju dilanjutkan sehingga jam 12.30 malam bagi perjalanan dari jeti ke resort dan jam 1.30 pagi bagi perjalanan dari resort ke jeti.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort ialah tempat meletak kenderaan di kawasan jeti. Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawsan Pulau Jerejak seperti ‘jungle trakking’ ‘paint ball’, bola sepak pantai, polo air dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tentunya menyeronokkan sekiranya dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, pengunjung juga boleh bersantai di tepi kolam yang terdapat di dalam resort. Bagi pengunjung yang ingin membelai diri, mereka bolehlah mencuba perkhidmatan spa yang disediakan.

Melalui aktiviti yang boleh dijalan disini, dapat menunjukkan bahawa, Pulau Jerejak bukan sahaja sesuai untuk merehatkan minda daripada hiruk-pikuk kota sebaliknya turut menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti luar yang boleh dijalankan di sekitar kawasan resort dan Pulau Jerejak.

Menurut seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, “Tak sangka dulu takut juga dengar nama Pulau Jerejak tapi bila dah datang sini rasa suka, banyak aktiviti boleh dibuat di sini” kata Adam Iskandar kepada penulis semasa ditemui.

Beliau juga turut menyatakan mengunjungi Pulau Jerejak juga dapat menghindari mereka sekeluarga daripada keadaan kota yang hiruk pikuk dan bising.

Bagi seorang usahawan, Jason Lim, mengunjungi Pulau Jerejak merupakan destanasi peranginan yang sesuai untuk seisi keluarga.

"Di sini juga ada kemudahan spa dengan pakej yang menarik sesuai untuk keluarga dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga," katanya

Bagi penulis mengunjungi Pulau Jerejak merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, hal ini kerana pulau tersebut bukan sahaja sebagai pusat peranginan untuk bercuti bersama kelaurga dan rakan-rakan, sebaliknya sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti riadah luar yang menyeronokkan. Selain itu, bangunan tinggalan British yang masih tersergam amat sesuai sebagai tarikan tambahan pelancongan ke pulau tersebut.Suasana hijau hutan disekeliling pulau dan bukit-bukau tentunya dapat mengekalkan keindahan Pulau Jerejak sebagai sebuah destinasi pelancongan dan peranginan yang semakin menggamit pengunjung untuk kesana

nota d kaki: Korang rasa rencana nie macam karangan budak sekolah rendah atau tulisan seorang penulis profesional atau wartawan.

Friday

Semangat La Skit

Aku tak tau ngape, semakin hari aku rasa semangat untuk aku teruskan pengajian di universiti semakin lama semakin kurang. Aku tak tau masalah sebenar yang meneybabkan aku jadi begini. Aku rasa dalam diri aku sekarang semakin kosong, kosong dan kosong. Apa yang aku belajar masa kuliah dan tutorial seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri jer. Yang ada dalam diri aku sekarang, pergi kuliah, dengar lecture cakap, rasa nak take note, aku tulis, malas, aku duk termenung atau berborak.
Mungkinkah sebab kos yang aku belajar sekarang tak sesuai ngan diri aku atau aku memang tak minta ngan kos nie. Sebenarnya aku memang tak minat ngan kos nie, tapi aku cuba jugak untuk minat ngan kos sekarang nie. papepun aku rasa, masa tak bleh nak undur lagi, so aku kene teruskan jugak hingga habis belajar nanti.
Tapi aku akui, masalah ini memang timbul sejak aku mula menjejak kaki ke universiti lagi, tapi sejak akhir2 ini aku rasa sangat otak aku sangat bercelaru. Masalah kewangan yang aku bikin sendiri mungkin menambah lagi kecelaruan diri aku sekarang. Kalau disebabkan assignment, aku rasa sejak dulu lagi aku alami, tapi aku masih boleh lagi mengatasinya. Masalah kawan2, aku rasa kawan2 selalu support dan tiada sebarang masalah dengan mereka.
Adakah aku perlu mengalah sekarang atau teruskan perjuang yang yang semakin bercelaru ini. Kalau aku mengalah sekarang, maknanya aku telah tewas sebelum berjuang. Tapi aku rasa aku masih mampu untuk mengharunginya, cuma aku perlukan masa dan ruang untuk bertenang dan menyelesaikan masalah ini sendirian.
Orang kata, sharing is caring...Betul ke??? Bagi aku masalah aku, biarlah aku yang harunginya, tapi aku amat menghargai bantuan dan sokongan oleh kawan2. Tapi aku memang tak suka untuk bercerita masalah yang aku hadapai, kerana bagi aku, orang lain pun banyak masalah dan mungkin lebih besar dari apa yang aku hadapi.
Walaupun aku banyak masalah yang aku bikin sendiri, namun bagi aku mungkin itu cara untuk aku supaya berfikir lebih matang dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan cara sendiri. Mungkin juga itu ujian dari Allah s.w.t untuk aku lebih kuat menghadapi ujian2Nya yang lebih besar dikemudian hari.
Nota d kaki: Hidup ini tiada makna kalau selalu gembira kerana kita tak akan mampu untuk menghadapinya jika ditimpa masalah yang besar dikemudian hari.

Monday

Virus oh Virus

Virus telah menyerang laptop ku hingga tak bleh buka langsung window. Tak pasal2 duit aku melayang RM70 untuk format dan install anti virus yang original. Aku pun tak tau lagi keberkesanan anti virus nie. Ok atau KO kalu kene serang ngan tentera virus nie.

Sebeb tentera virus nie jugak la software untuk aku buat assignment kene install balik. Tak pasal2 aku nak kene buat muka tak mahu ngan abg min esk kat pusat pengajian. Nak install sendiri, kot jadi yang trail version. Aku pun tahu kat pusat pengajian pun guna yang cetak rompak jugak.

Tapi nak buat assigment, aku kene cari buletin sebab assignment kali nie suruh buat newsletter buletin. Semua buletin yang aku dapat semuanya dalam bentuk majalah. Tension betul. Nak buat buletin tue tak pasti lagi jadi ke tak. Aku pun bukanya mahir lagi ngan software tue. Nak cantikkan newsletter, nanti aku rasa jadi makin tak cantik kot.

nota d kaki: Guna anti virus bitdefender.

Thursday

Adakah Aku Bersalah???

Aku sebenarnya kalau boleh ingin teruskan perjuangan untuk membina satu kehidupan dari sekarang, tapi apakan daya, halangan dan rintangan terus menerjah supaya aku mengalah. Adakah salah untuk aku memulakan langkah kehidupan dari sekarang???

Keluarga menghalang, tetapi rakan2 terus memberi sokongan untuk aku terus berusaha. Aku tau, apa yang diperkaatakan oleh keluarga supaya aku tak terjerat dengan mainan dunia, supaya aku tidak lalai dalam pelajaran. Tapi, aku rasa, aku sudah cukup matang untuk menentukan hala tuju hidup dari sekarang. Bagi aku, apa yang aku lakukan kini merupakan satu peluang keemasan untuk membina masa hadapan.
Adakah berdosa aku mengingkari amanat dan peringatan keluarga??? Walau bagaimanapun, halangan dan sekatan daripada keluarga akan aku jadikan semangat dan cabaran agar aku berjaya dengan pilihan caraku untuk membina masa hadapan.
Nota d kaki: Aku harap keluarga dapat fahami apa yang aku lakukan ini kelak