Saturday

Pengalaman Group Assignment

Semalam, (Jumaat/27.3) Group aku telah membuat satu temujanji dengan doktor sebuah pusat perubatan alternatif akupuntur kat Lebuh Queen, Goergetown. Sebab kitaorang pergi berlima, so aku telah menyewa sebuah "kete ala2 sport" gitu. Alah kete kancil cabuk jer.

Nie kali ke-2 aku sewa kete ngan compony tue, tapi apa yang aku tak puas hati, kitaorang janji kul 2.30 ptg sebab kul 3.30 ptg nak start shooting dan interview doktor tue. Tapi lepas sejam baru aku nampak bunga tayar kete tue. Lepas tue, dia plak buat banyak songeh, suruh antar dia plak kat area Gelugor sana. Rupa2nya, aku kene tukar kete yang lagi sport, lagi cabuk la tue. Lagipun, aku dah syak dari tadi lagi sebab, masa aku call dia kata ngah isi minyak. Kalau betul, baik giler abang nie.
Dengan kemahiran pemanduan aku yang semakin profesional nie, aku pun drive je kete kancil sport tue dengan kelajuan 0 km/j. Meter kete mati la, aku pun tak tahu brape kelajuan aku bawak.
Masa sampai kat klinik doktor tue, masa tanya kat receptionist, dia buat cam layan jer. Kitaorang dah risau nie, mana la nak cari klinik akupuntur last2 minute nie, dah la dah nak kene antar minggu depan.
Tapi alhamdulillah, lepas abis semua customer dia, dia suruh masuk bilik doktor tue. Kitaorang terus mintak maaf ramai2. Mujur tak nyanyi lagu maafkan kami jer. Dengan kerjasama doktor tue, semua kerja kami berjalan dengan lancar. Siap buat demo kat aku lagi rawatan akupuntur, aku kene cucuk 2 jarum akupuntur kat tangan.
Untuk memantapkan lagi video yang nak dipersembahkan kat lecture nanti, kitaorg pegi shoot plak kat area Padang Kota. Buat macam ala2 Majalah 3 la plak. Walaupun kene shoot banyak kali sebab lupa skrip, tapi kitaorng enjoy.
Tapi yang membuatkan aku rasa tak senang, sebab kehadiran budak2 dari Myammar or Bangladesh yang minta sedekah kat kawasan tue. Aku tahu, mereka semua mesti dari satu sendiket haram. Simpati, simpati gak tapi...Buat tak layan je la.
Lepas siap semua keje petang tue, aku bawak budak2 tue pegi makan kat area Seagate. Rupanya nie first time mereka ke sana.
Walaupun aku sorang je laki, dan yang lain of course la pompuan, tapi aku okey jer. Sape tak okey kalu buat keje ngan pompuan. Tentu keje aku jadi sedikit. Tapi aku urus bahagian report, yang mana semua kerja2 last touch aku yang settlekan.
Nota d kaki: To korang semua, group SHE 101, Akupuntur. Enjoy keje ngan korang dan trima kasih sebab sama2 bekerja keras untuk siapkan assignment kita.

1 comment:

Alfie Stole Niena said...

wah... sungguh tak caya.. sy tak update blog pun lagi.. hahaha.. well. sy juga mengharapkan hasil yg terbaik tuk asgmnt kt tu.. enjoy juga semalam ek..wlapun mula2 tu tention gila ngan tuan punya kereta "sport" tu..

bak kata tina.. masuk kereta ni je dah pening.. hahah....

for u too.. terima kasih kerana menjadi penyelamat tukang bawak kereta.. sebb kmi tarak ada lesen..hahahaha..

for those yg minta sedekah tu.. sy kesian tp sy tak nak tolong sebb duit tu bukan tuk mereka.. tuk orang lain.. haih!!

p/s: peace.sy kena shoot part nadia tu semua sekali lgi..tp tak pe.. kat usm je sy wat